Harga Terkini RON95 RON97 Diesel Untuk Bulan Februari 2015

Harga Terkini minyak Bulan Februari 2015

Harga Terkini RON95 RON97 Diesel Untuk Bulan Februari 2015. Pada 21 November 2014 yang lalu, kerajaan telah memutuskan bahawa subsidi bahan api untuk RON95 dan diesel akan dikeluarkan pada 1 Disember 2014 berikutan pelaksanaan sistem apungan terurus.

Di bawah sistem ini, purata bulanan harga minyak mentah dunia yang akan menentukan harga runcit bahan api pada bulan berikutnya.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengeluarkan kenyataan pada 31 Januari 2015 jam 800 malam untuk harga terkini minyak di Malaysia untuk bulan Februari 2015. 
Harga RON 95 dan diesel dijangka akan turun lagi seiring dengan penurunan harga minyak mentah dunia di pasaran sekarang.

* Harga runcit rasmi minyak RON95, RON97 & Diesel Malaysia Untuk Bulan Februari 2015 (Harga Jan 2015 dalam kurungan)


RON95 - RM1.70 sen seliter turun 21 sen (RM1.91 sen seliter)
RON97 - RM2.00 sen seliter turun 11 sen (RM2.11 sen seliter)
Diesel - 
RM1.70 sen seliter turun 23 sen (RM1.93 sen seliter)


0 comment... add one now