FAM Puji PBNJ Isu Kain Rentang Bergambar Anjing Di Piala Sumbangsih 2015. Tindakan pantas Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PNBJ) yang menahan pihak tidak bertanggungjawab mempamerkan kain rentang berunsur provokasi ketika perlawanan Sumbangsih, malam tadi mendapat pujian FAM.
Pada perlawanan membabitkan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Pahang di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor bahru itu, segelintir peminat dilihat memasang kain rentang manusia berkepala anjing yang dikaitkan dengan kepimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Begitupun, kain itu pantas diturunkan oleh polis dan marshal yang bertugas dan kurang sejam selepas perlawanan berakhir, PNBJ mengesahkan sudah menahan 12 penonton yang didakwa bertanggungjawab dengan insiden itu.
Perkara itu disahkan sendiri Setiasusaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yang mengakui kesal dengan kejadian yang berlaku di Larkin namun memuji tindakan pantas PNBJ.
"Apa yang berlaku di Stadium Tan Sri Hassan Yunos semalam iaitu isu kain rentang bergambar anjing itu adalah sikap segelintir penyokong yang tiada sifat bertanggungjawab, tiada adab, kurang berdisiplin, tidak peka dan tidak sensitif.
"Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sendiri mengakui rasa kecewa dan baginda menganggap isu kain rentang itu adalah satu perbuatan tidak wajar kerana jika penyokong-penyokong tidak berpuas hati, mereka perlu mendapatkan fakta-fakta terlebih dahulu.
"Justeru, saya percaya kejadian ini berlaku kerana penyokong-penyokong tidak mendapat fakta yang jelas," kata Hamidin dalam kenyataan dikeluarkan, hari ini.
Kesemua 12 yang ditahan itu akan direman selama lima hari.
JDT menang perlawanan merebut Piala Sultan Ahmad Shah itu dengan keputusan 2-0 - BH online
FAM Puji PBNJ Isu Kain Rentang Bergambar Anjing Di Piala Sumbangsih 2015
Unknown0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →