Keputusan Piala FA 2015 Pusingan Pertama 1 Feb 2015. Kuala Lumpur dan PKNS FC mengesahkan tempat dalam pusingan pertama Piala FA 2015 setelah memenangi perlawanan play-off di dua venue hari ini.
Di Stadium Maybank Bangi, Kuala Lumpur meraih kemenangan menerusi penentuan sepakan penalti 5-3 menewaskan Harimau Muda C setelah kedua-dua pasukan terikat seri 2-2 sehingga tamat perlawanan masa tambahan.
Terdahulu, skuad Kuala Lumpur tersentak dengan dua jaringan oleh pemain Harimau Muda C, Danial Asyraf Abdullah pada minit ke-45 dan ke-55.
Namun, dua pemain import Kuala Lumpur iaitu, Kalle Sone dan Martin Ekoule masing-masing menyamakan kedudukan dengan jaringan pada minit ke-61 dan 66.
Pada perlawanan masa tambahan, kedua-dua pasukan masih terikat seri 2-2.
Kuala Lumpur dijadualkan bertemu MOF FC pada 27 Februari ini pada perlawanan pusingan pertama.
Sementara itu, PKNS FC turut layak ke pusingan pertama selepas mencatat kemenangan ke atas DRB Hicom FC 2-0 dalam satu lagi perlawanan play off di Stadium Proton Tanjung Malim, Perak.
Dua gol itu disumbangkan oleh Mohd Farderin Kadir pada minit ke-59 dan 63 selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 pada separuh masa pertama.
PKNS FC akan bertemu Johor Darul Ta'zim II (JDT II) pada 28 Februari ini. - Bernama
Keputusan Piala FA 2015 Pusingan Pertama 1 Feb 2015
Unknown0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →