Kejohanan Liga Hoki Dunia (HWL) Pusingan Kedua Singapura 2015. Pusingan kedua Kejohanan Liga Hoki Dunia (HWL) akan bermula pada Sabtu, 17 Januari 2015 di Stadium Hoki Sengkang, Singapura. Kejohanan ini merupakan medan terbaik kepada pemain hoki negara mengintai peluang beraksi di Sukan Olimpik Rio de Janeiro tahun 2016 hadapan.
Skuad hoki negara di bawah bimbingan Tai Beng Hai, perlu bekerja keras untuk sekurang-kurangnya berada pada tangga kedua teratas dalam saingan kali ini untuk membuka peluang melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2016.
Bagi kelayakan ke Sukan Olimpik yang dijadual berlangsung di Rio de Janeiro,Brazil - ia meliputi satu pasukan tuan rumah, lima juara benua dan enam ranking teratas dalam Liga Hoki Dunia.
Sebelum ini, Malaysia terlepas jalan 'mudah' melayakkan diri secara automatik ke Rio selepas gagal merebut gelaran juara pada saingan Sukan Asia, apabila sekadar menamatkan saingan pada kedudukan keempat.
Kini, Malaysia perlu menggunakan peluang terakhir, dengan terpaksa menghadapi jalan 'berliku' untuk mara ke saingan separuh akhir HWL, yang dijadualkan berlangsung di dua gelanggang, sama ada di Argentina atau Belgium dan seterusnya ke saingan akhir di India untuk menempah slot ke Sukan Olimpik.
Bagi kejohanan kali ini, Malaysia diundi dalam kumpulan A bersama-sama pasukan Oman, Ukraine dan pasukan tuan rumah, Singapura menggantikan Fiji yang menarik diri.
Malaysia akan membuka kempen dengan menentang Ukraine pada 17 Januari seterusnya bertemu Oman pada 19 Jan dan tuan rumah, Singapura pada 20 Jan sebelum melayakkan diri ke saingan suku akhir pusingan kedua pada 22 Jan.
Sementara itu, kumpulan B pula dibarisi pasukan Jepun, Poland, Bangladesh dan Mexico.
Melalui kedudukan ranking terkini, Malaysia berada di tangga ke-13 dunia, dalam kedudukan selesa secara teori berdasarkan kedudukan ranking lain-lain negara yang diundi dalam Kumpulan A.
Mengikut kedudukan ranking hoki semasa dunia, pasukan Oman berada pada kedudukan ke-22, Ukraine (24) dan Singapura (36).
Namun menanti saingan di peringkat suku akhir pusingan kedua HWL, Kumpulan B pula dibarisi Jepun yang berada pada ranking ke-14, Poland (18),Bangladesh (30) dan Mexico (35).
Senarai 18 pemain hoki negara ke saingan pusingan kedua Liga Hoki Dunia:
Penjaga Gol: S.Kumar, Roslan Jamaludin.
Pertahanan: Azlan Misron, Baljit Singh, Mohamad Shukri Abdul Mutalib,Mohammad Izad Hakimi Jamaluddin, Muhammad Razie Abdul Rahim (kapten).`
Pertahanan/Tengah: Mohd Shahrun Nabil Abdullah, Faiz Helmi Jali. Tengah: Meor Muhamad Azuan Hasan, Mohd Fitri Saari, Muhammad Marhan MohdJalil, Nabil Fiqri Mohd Noor
Tengah/Penyerang: Tengku Ahmad Tajudin Abdul Jalil, Muhammad Haziq Samsul Penyerang: Faizal Saari, Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin, Muhammad FirhanAshari.
Jadual perlawanan kejohanan Hoki Liga Dunia:
Malaysia lwn Ukraine - Sabtu, 17 Jan (5.30 petang)
Malaysia lwn Oman - Isnin, 19 Jan (5.30 petang)
Malaysia lwn Singapura - Selasa, 20 Jan (8 malam)
mStar online
Kejohanan Liga Hoki Dunia (HWL) Pusingan Kedua Singapura 2015
Unknown0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →