Keputusan Liga Hoki Dunia 2015 Malaysia Vs Oman 19 Jan 2015

Keputusan Liga Hoki Dunia 2015
Hoki Malaysia Vs Oman. Skuad Malaysia mencatatkan kemenangan kedua di Liga Hoki Dunia 2015 apabila membelasah Oman 7-0 dalam perlawanan pusingan kedua, Liga Hoki Dunia di Stadium Hoki Sengkang di sini, sebentar tadi.

Gol-gol pasukan negara adalah sumbangan 

Muhammad Razie Abdul Rahim pada minit ketujuh, 
Faizal Saari (m17, 38), 
Marhan Abdul Jalil (m22, 27), 
Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin (m44) dan 
Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil (m46).

Kemenangan kedua berturut-turut ini membantu anak didik Tai Beng Hai untuk terus menerajui Kumpulan A berbekal enam mata.

Dalam perlawanan pertama, Sabtu lalu, pasukan negara menewaskan Ukraine 5-1.

Terdahulu, Ukraine kembali bernafas lega selepas berhempas pulas menewaskan tuan rumah, Singapura 2-1 dalam saingan kumpulan sama.

Gol Ukraine dijaringkan oleh Oleksandr Diachenko pada minit ke-44 dan Viacheslav Paziuk (m-56) manakala gol Singapura menerusi Muhammad Haseef Salim (m-46).

Ukraine dan Oman masing-masing mengutip tiga mata tetapi Ukraine mengatasi mereka atas perbezaan jaringan.

0 comment... add one now