Pemenang Anugerah Ballon d'Or FIFA 2014

Anugerah Ballon d'Or FIFA 2014
Pemenang Anugerah Ballon d'Or FIFA 2014. Cristiano Ronaldo dipilih sebagai pemenang Anugerah Ballon d'Or FIFA selepas prestasi menakjubkan dan luar biasa sepanjang 2014 pada majlis berprestij anjuran Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), di sini, awal pagi tadi.
Penyerang Real Madrid itu menyumbatkan 61 gol dalam 60 perlawanan untuk kelabnya tahun lalu, menjadi kapten ketika menjulang Liga Juara-Juara, Piala Kelab Dunia, Piala Super Eropah dan trofi Copa del Rey.
Ronaldo, 29, yang pernah meraih anugerah itu pada 2008 dan 2013, menewaskan pencabar dari Barcelona, Lionel Messi dan penjaga gawang Jerman, Manuel Neuer, yang membantu Jerman menjulang Piala Dunia di Brazil.
Ronaldo meraih anugerah berkenaan dengan undian sebanyak 37.66 peratus mengatasi Messi (15.76 peratus) dan Neuer ( 15.72 peratus), menerusi undian yang disertai kapten skuad kebangsaan, jurulatih dan wartawan di kalangan 209 keahlian FIFA.

2014 BALLON D'OR GALA WINNERS

Ballon d'Or: Cristiano Ronaldo 
Women's world player of the year: Nadine Kessler 
Puskas award: James Rodriguez 
World coach of the year for men's football: Joachim Low 
World coach of the year for women's football: Ralf Kellermann 
World XI: Neuer; Lahm, Ramos, David Luiz, Thiago Silva; Di Maria, Iniesta, Kroos; Messi, Ronaldo, Robben 
FIFA presidential award: Hiroshi Kagawa 
FIFA fair play award: FIFA volunteers 

0 comment... add one now