Syarat Permohonan Kemasukan UiTM 2016/2017 Sesi Akademik 2
- Pemohon dikehendaki membuat permohonan melalui http://online.uitm.edu.my bermula 4 Julai 2016 (Isnin).
- Pemohon dinasihat menyemak syarat kelayakan program yang ingin dimohon di http://pengambilan.uitm.edu.my/e-syarat/2016
- Pemohon dikehendaki membeli no. slip melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 4 Julai 2016 (Isnin) dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon (bukan wakil) melalui cawangan BSN/Mesin ATM/MyBSN/SMS Banking. (no. Slip yang dibeli sebelum 4 Julai 2016 (Isnin) adalah TIDAK SAH untuk permohonan ini).
Syarat Am Permohonan Ke UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM):
- Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun pada tarikh tutup permohonan
- Bumiputera Warganegara Malaysia
- Memenuhi syarat kelayakan minima bagi setiap program dipohon
- Tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah atau bukan dalam proses menunggu prosiding jenayah terhadapnya
- Pelajar-pelajar yang sedang belajar di mana-mana IPT TIDAK DIBENARKAN memohon kecuali pelajar UiTM.
- Calon yang pernah belajar di UiTM dan TELAH DIBERHENTIKAN ATAU GUGUR TARAF TIDAK DIBENARKAN MEMOHON keperingkat pengajian yang sama kecuali pada peringkat yang lebih tinggi.
PERMOHONAN ONLINE DIBUKA MULAI : 4 Julai 2016 HINGGA 8 Ogos 2016
Sebarang Pertanyaan :
Bahagian Pengambilan Pelajar
Aras Bawah Bangunan UIC
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor
No Telefon: (+603) 5544 3164 / 3166 / 3174
Faks: (+603) 5544 3170
Web: http://pengambilan.uitm.edu.my/