Permohonan Kemasukan Matrikulasi KPM Sesi 2017 / 2018 Online. Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sesi 2016-2017 telah dibuka bermula 1 Julai 2015 yang lalu sepetti dimaklumkan dalam Portal Rasmi KPM. Permohonan kemasukan Program Matrikulasi KPM boleh di buat secara online pada 1 Julai 2016 sehingga 30 November 2016.
Berikut disertakan link-link penting yang berguna kepada pemohon semasa membuat permohonan kemasukan ke Matrikulasi Sesi 2017-2018:- Klik Applikasi Permohonan Online - Aplikasi PMI
Syarat Permohonan Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2017 / 2018
Pemohon mestilah pelajar warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2016 dan menghantar borang permohonan sebelum atau pada 30 November 2016.
Pelajar juga perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran berikut dalam Peperiksaan SPM tahun 2016.
Bagi mengikuti Jurusan Sains: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik atau Biologi.
Bagi mengikuti Jurusan Perakaunan: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan mana - mana dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Pengajian Keusahawanan, Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan).
Bagi mengikuti Aliran Teknikal: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, dan mana-mana satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan.