Permohonan Pembiayaan Peribadi-i Bank Rakyat Untuk Mangsa Banjir. Bank Rakyat menyediakan skim Pembiayaan Peribadi-i untuk mangsa banjir dengan pinjaman maksimum sebanyak RM50,000 untuk membantu mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Johor.
Kadar keuntungan bermula daripada serendah 3.9 peratus dan tempoh pinjaman hingga tujuh tahun.
Permohonan boleh dibuat pada 19 Januari hingga 19 Februari ini.
Pelancaran produk pembiayaan ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada majlis perasmian Menara Kembar Bank Rakyat hari ini.
Permohonan untuk skim pembiayaan itu terbuka kepada penjawat awam, swasta dan pesara.
Antara syarat untuk pembiayaan itu ialah pemohon perlu mengemukakan bukti atau dokumen pengesahan mangsa banjir daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) atau laporan polis.
Untuk informasi mengenai pinjaman ini boleh layari Laman Web Bank Rakyat di SINI
Permohonan Pembiayaan Peribadi-i Bank Rakyat Untuk Mangsa Banjir
Unknown0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →