Seorang Juruterbang AirAsia Indonesia Positif Dadah

Juruterbang AirAsia Indonesia Positif Dadah

Seorang Juruterbang AirAsia Indonesia Positif Dadah. Ketua Eksekutif AirAsia Indonesia, Sunu Widyatmoko menyatakan seorang juruterbang syarikat itu disahkan positif menggunakan dadah namun keputusan tersebut mungkin mempunyai kaitan dengan rawatan lelaki tersebut yang diterima dari hospital.

Sunu berkata, selepas menyoal siasat juruterbang itu, mereka mendapati dia baru keluar hospital ke­rana jangkitan tifus.

“Pada hari ujian, dia masih mengambil ubat yang diberikan kepadanya,” kata Sunu yang dipetik oleh portal berita Kompas.

Kementerian Pengangkutan mengadakan ujian rambang terhadap juruterbang yang dikenali sebagai FI itu hari ini menunjukkan dia mengambil dadah jenis morfin.

Ujian rambang di Bali itu diadakan ekoran kejadian melibatkan pesawat AirAsia QZ8501.
Sunu berkata, ubat tersebut mungkin memberi bacaan palsu dan AirAsia akan menjalankan ujian lanjut terhadap juruterbang itu.

Menurut syarikat penerbangan itu, FI mempunyai rekod baik dan telah berkhidmat selama sembilan tahun dengan AirAsia - Utusan online

0 comment... add one now