Tiada Larangan Pelajar Bukan Melayu Berbaju Kurung Ke Sekolah

baju Kurung Ke Sekolah
Tiada Larangan Pelajar Bukan Melayu Berbaju Kurung Ke Sekolah. Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan tiada garis panduan yang melarang pelajar perempuan bukan Melayu untuk memakai baju kurung sebagai seragam sekolah.

Sehubungan itu Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan mengarahkan setiap sekolah untuk tidak membuat peraturan yang tidak selari dengan dasar Kementerian Pendidikan.

“Bagi saya pemakaian baju kurung patut digalakkan sebab merupakan pakaian kebangsaan, (larangan) ini tidak betul, minta sekolah perbetulkan,” katanya pada sidang akbar selepas majlis pelancaran Pelan Induk Terperinci Pembangunan Kampong Bharu (PITPKB) di sini hari ini.

Beliau mengulas isu seorang pelajar perempuan bukan Melayu di sebuah sekolah di ibu negara yang dilarang memakai baju kurung sebagai seragam sekolah. - UTUSAN ONLINE

0 comment... add one now