Jaguh
negara, Azizulhasni Awang memenangi pingat emas acara keirin di
Kejohanan Lumba basikal Trek dan Lebuhraya Asia (ACC) di Nakhon
Ratchasima, Thailand, hari ini.
Kemenangan mudah dirakamkan itu
setidak-tidaknya menjadi penawar duka selepas penyertaannya dalam acara
final keirin di Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan dibatalkan
sekalipun tatkala itu sudah mengesahkan pingat.
Pingat perak dimenangi pelumba Jepun, Kazunari Watanabe manakala pelumba Thailand, Worayut Kapunya meraih gangsa.
Selepas awalnya dihimpit dan diasak dua nama besar dari Jepun iaitu Kazunari Watanabe dan Yuta Wakimoto, namun akhirnya pelumba kelahiran Terengganu itu mengesahkan kemenangan menerusi acara keirin hampir 50 meter menuju ke garisan penamat.
Paling menarik, kemenangan semalam turut menghadiahkan sekelumit rasa ceria buat rakan sepasukan, Josiah Ng yang gagal melangkah ke acara final keirin.
Sekalipun tampil pada penyertaan terakhirnya pada ACC 2015 sejak mula melangkah ke persada ACC pada 1999, Josiah hanya mampu meraih tempat ke-8 selepas terkandas pada pusingan kedua - BH online
Azizulhasni Menang Emas Keirin Basikal ACC 2015
Unknown0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →