Exora SP Baru Yang Lebih Sporty Dan Berkuasa

Exora SP Baru Yang Lebih Sporty Dan Berkuasa. Selepas lima tahun menjadi kenderaan pelbagai guna (MPV) popular buatan nasional, Proton Exora kembali dengan varian baru iaitu Super Premium (SP) yang menggantikan model Prime.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings Berhad, Datuk Harith Abdullah berkata, pihaknya memperkenalkan varian tambahan itu dengan penampilan baru dan sporty, selain menawarkan enjin yang dirangsangkan oleh kuasa turbo.

Menurutnya, MPV berkenaan turut dipertingkatkan menerusi aspek keselamatan membabitkan empat beg udara, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dan lampu siang untuk memberi lebih manfaat kepada pengguna.

"Proton Exora baru menerima tingkap kuasa pada bahagian hadapan dan belakang, kamera undur serta cermin pandang belakang dengan imej ketika mengundur yang ditawarkan kepada semua varian.

"Bagi varian Premium dan SP, ia didatangkan dengan ciri 'auto cruise', butang audio pada stereng dan pemain DVD yang menyediakan hiburan berterusan sepanjang perjalanan," katanya.


proton exora sp
Stereng Exora kini tampil lebih premium selepas ia dibaluti material kulit, kemasan pada konsol tengah, tempat duduk ergonomik, corong penyaman udara untuk penumpang belakang dan lampu belakang yang digelapkan untuk penampilan lebih sporty.

Abdul Harith berkata, biarpun dipertingkatkan dengan pelbagai ciri menarik, harga Proton Exora diturunkan sebanyak 5.8 peratus atau RM4,710 untuk varian terpilih sejajar dengan cadangan Kerajaan untuk mengurangkan harga kereta.

Menurutnya, pihaknya optimis mahu menyasarkan jualan sehingga 2,000 unit sebulan bagi Proton Exora, selain ditawarkan dengan tempoh jaminan pengilang selama tiga tahun atau 100,000 kilometer.

Proton Exora baru dijual antara RM56,888 sehingga RM81,888 dengan tawaran tujuh pilihan warna - myMetro

0 comment... add one now