Kelantan Terajui Carta Liga Super 2015

Kelantan Terajui Carta Liga Super 2015. Kelantan merakam kemenangan kedua berturut-turut dalam kempen Liga Super 2015 selepas membenam cabaran wakil jiran, Lions XII 2-0, sebentar tadi.

Beraksi di depan ribuan penyokong sendiri di Sultan Mohammad IV Stadium, Kelantan di depan seawal minit ke-6 permainan menerusi jaringan pemain import, Jonathan McKain.

Dua minit sebelum babak pertama tamat, kapten pasukan, Mohd Badhri Radzi menampilkan kepakarannya mengambil sepakan percuma dengan rembatannya dari luar kotak penalti berjaya menerjah gawang Lions XII.

Sekalipun permainan tambah rancak pada babak kedua, tiada jaringan tambahan mampu dijanakan kedua-dua pasukan yang menyaksikan Lions XII terpaksa menerima kekalahan pertama musim ini.

kelantan 2015
Kemenangan ke atas Lions XII pula menyaksikan Kelantan kini berkongsi kedudukan teratas Liga Super bersama Perak selepas mengutip enam mata penuh.

Perlawanan Liga Super Kelantan menentang Lions XII, malam ini ditangguhkan sehari bagi memberi penghormatan kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meninggal dunia pada Khamis.

Jadual sebenar perlawanan adalah pada malam semalam - BH online

0 comment... add one now