Keputusan JDT Vs Bangkok Glass FC 10 Feb 2015. Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) bakal mengharungi perlawanan kedua kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2015 menentang Bangkok Glass FC di Stadium Thanyaburi, malam ini.
JDT sebelum ini menyingkirkan cabaran juara Liga India 2014, Bengaluru FC 2-1 di Larkin pada aksi pertama dan tekad menjayakan misi untuk menjadi wakil pertama Malaysia layak ke kejohanan berkenaan.
Biarpun Bangkok Glass sekadar menamatkan saingan liga pada kedudukan ke-10 musim lalu, anak didik Bojan Hodak harus sedar kerana tuan rumah turun dengan reputasi sebagai juara bertahan Piala FA Thailand.
Mereka juga memiliki awang import kental dari Macedonia, Darko Tasevski yang hebat mengemudi jentera tengah pasukan dan diiktiraf assist kedua terbaik di saingan Liga Perdana Thailand termasuk meledak 11 gol musim lalu.
Begitu juga Lazarus Kaimbi yang perlu diperhatikan Hodak kerana menjaringkan gol tunggal semasa menewaskan Chonburi FC final Piala FA.
Tetapi, JDT tidak kurang hebatnya selepas membenam Pahang 2-0 pada perebutan Piala Sumbangsih sebelum bertemu Bengaluru. Sekembalinya Luciano Figueroa dalam kem JDT daripada kecederaan menghadirkan berita baik buat penyokong Southern Tigers walaupun belum pasti disenaraikan malam ini.
Gandingan Junior Eldstal dan Marcos Antonio dilihat cukup ampuh bersama Safiq Rahim yang terus diberi kepercayaan mengawal bahagian tengah pasukan.
Jika JDT mampu mengalahkan Bangkok Glass, kelab China, Beijing Guoan bakal menjadi tembok terakhir yang dijadualkan berlangsung di Stadium Workers pada 17 Februari ini sebelum memasuki peringkat kumpulan ACL 2015 - SH
KEPUTUSAN PENUH JDT VS BANGKOK GLASS FC 10-2-2015
BANGKOK GLASS FC (THAILAND) 3 (Jansawek N min 28. Lazarus Kaimbi min 52 & 62)
JDT (MALAYSIA) 0
Keputusan JDT Vs Bangkok Glass FC 10 Feb 2015
Unknown0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →