Keputusan Liga Juara-Juara Eropah 25 Feb 2015

Keputusan Liga Juara-Juara Eropah Champions League 25 Feb 2015. Berikut keputusan peringkat pertama saingan 16 terakhir awal pagi tadi:

Di Manchester, England,
Luis Suarez menyumbatkan dua gol ketika memijakkan kaki semula ke England buat kali pertama sejak berpindah bagi memastikan Barcelona menang 2-1 ke atas Manchester City dalam saingan 16 terakhir Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.
 

man city vs barcelonaManchester City (ENG) 1 (Aguero 69) Barcelona (ESP) 2 (Suarez 16, 30)

Pemain kelahiran Uruguay itu yang berpindah ke Barcelona dari Liverpool, menjaringkan dua gol dalam babak separuh masa pertama bagi memberikan kelebihan buat kelabnya menjelang pertemuan kedua di Nou Camp, bulan depan.

Sergio Aguero merapatkan jurang dengan gol buat City tetapi tuan rumah tersentak apabila terpaksa bermain dengan 10 orang selepas Gael Clichy diperintah meninggalkan padang dan Joe Hart menyelamatkan maruah City pada minit terakhir apabila menafikan sepakan penalti Lionel Messi.

Kini City memerlukan keajaiban bagi menjadi kelab pertama sejak Liverpool berjaya menyekat Barcelona daripada mara ke peringkat lapan terakhir pada 2007.

Suarez yang kini mengumpul sembilan gol untuk Barcelona dalam 23 kemunculan, mengakui aksi Hart menyelamatkan penalti menjadikan saingan masih getir.

"Saya fikir ini adalah sesuatu yang positif buat mereka. Jika penalti itu masuk, maka senario berbeza akan berlaku. Tapi keputusan 2-1, mereka masih ada peluang," kata Suarez.

Sehubungan itu, pengurus City, Manuel Pellegrini mengakui bahawa anak buahnya mempamerkan aksi sebenar pada babak separuh masa kedua.

"Kami lepaskan gol awal dan bermain teruk sangat. Pada babak kedua, kami bincang semula apa yang dirancang sebelum perlawanan.

"Kami ada peluang. Kami mesti cuba untuk melakukannya pada perlawanan berikutnya," kata Pellegrini.


Dalam satu lagi perlawanan pagi ini Di Turin, Itali, Juventus menang 2-1 ke atas Dortmund.

Juventus (ITA) 2 (Tevez 13, Morata 42) Borussia Dortmund (GER) 1 (Reus 18)

0 comment... add one now