Luahan Isteri Saiful Bukhari Azlan Di Facebook. Umum mengetahui yang Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan Mahkamah Persekutuan memutuskan untuk mengekalkan hukuman penjara lima tahun terhadapnya.
Berikut disertakan luahan hati isteri Saiful Bukhari iaitu selebriti TV3, Nik Suryani Megat Deraman mengenai keputusan mahkamah ini :-
“Sedih suami saya maka sedihlah saya. Gembira suami saya begitu juga saya. Syukur dakwaan suami saya didengar dan diadili sewajarnya.
“Yang pasti, saya lega apabila Mahkamah Persekutuan mengesahkan dakwaan suami saya itu benar dan beliau seorang saksi 'credible'.
“Perjalanan kami masih jauh. Walaupun ada kesukaran dalam kami mencari rezeki, berurusan dengan orang, kami percaya Allah tidak akan menzalimi hambaNya. Apa yang penting kini adalah untuk kami ke hadapan meneruskan hidup.
“Terima kasih kepada seluruh keluarga kami, sahabat, rakan media, sahabat blogger, rakyat Malaysia yang ikhlas menyokong perjuangan suami saya Saiful Bukhari Azlan, Allah sahaja mampu membalasnya.”
Daripada Facebook Sue Megat Deraman
Luahan Isteri Saiful Bukhari Azlan Di Facebook
Unknown0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →