Kecemerlangan Azizulhasni yang memenangi emas keirin semalam diteruskan hari ini. Mohd Fadhil Mohd Zonis mencetus ceria kem Malaysia apabila berjaya memenangi pingat emas acara 1 kilometer ujian masa individu di Kejohanan Lumba Basikal Asia di Korat, Thailand, hari ini.
Mohd Fadhil mencatat 1 minit 6.76 saat untuk memadamkan rekod ciptaan jaguh trek negara, Azizulhasni Awang pada ACC 2006 di Kuala Lumpur (1:06.996s).
Sementara itu, perak menjadi milik pelumba Taiwan, Lin Chin-yi (1:07.457s) manakala gangsa diperoleh Jun Minami dari Jepun (1:07.530s).
Mohd Fadhil, 17, adalah adik kepada Mohd Firdaus Mohd Zonis yang kini bersaing dalam kategori elit selepas beraksi cemerlang memenangi tiga pingat emas pada ACC 2014 dan 2013.
Malaysia Rangkul Pingat Emas Kedua Basikal ACC 2015
Unknown0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →