Perubahan Tarikh Dan Venue Perlawanan Piala FA 2015 Pusingan Kedua. FAM melalui kenyataan rasmi di FB dan Laman Web FAM
memaklumkan yang Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan
beberapa perubahan tarikh dan tempat perlawanan Piala FA 2015, pusingan
kedua setelah menerima permohonan dari pasukan-pasukan yang terlibat.
Perlawanan
di antara dua gergasi bola sepak Malaysia, Pahang dan Johor Darul Ta’zim telah dipinda ke 2 Mac 2015 kerana pasukan Tok Gajah akan
terlibat dalam perlawanan Piala AFC menentang Yanadarbon FC di Myanmar
pada 25 Februari 2015. dan hanya akan tiba di Kuantan pada 27 Februari
2015.
Venue perlawanan melibatkan Pulau Pinang PBAPP FC dan KL Sime Darby FC pula telah dipinda ke Stadium Majlis Perbandaran Selayang setelah mengambil kira proses membaikpulih yang sedang dijalankan di Stadium Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.
Padang Astaka, Kuala Berang pula tidak diluluskan oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) bagi perlawanan Piala FA 2015 Pusingan Kedua di atas faktor keselamatan dan menyebabkan venue dan tarikh perlawanan di antara Hanelang FC dan Kedah diubah ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu pada 27 Februari 2015.
Di dalam perkembangan lain, perlawanan membabitkan Pulau Pinang menentang Perlis dipinda ke 28 Februari 2015 kerana pertembungan venue dengan perlawanan P. Pinang Sg. Arai FC menentang MISC-MIFA di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.
Perubahan Tarikh Dan Venue Perlawanan Piala FA 2015 Pusingan Kedua
Unknown0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →