Tempahan Nombor Plat Kenderaan RM Kini Dibuka. Seorang
kontraktor sanggup datang dari Muar, Johor semata-mata untuk membida
nombor pendaftaran 'RM' yang dibuka oleh Jabatan Pengangkutan Jalan
(JPJ) Perlis di sini, semalam.
Sia Tiong Ming, 56, berkata beliau memperuntukkan RM100,000 semata-mata untuk mendapatkan nombor idamannya.
Beliau nampaknya tidak kisah beratur panjang untuk mendapatkan borang dan mengemukakan bidaan.
"Huruf RM membawa maksud Ringgit Malaysia, istimewa bagi saya dan mesti dimiliki.
"Untuk
itu saya membida satu nombor yang sama bagi dua digit, tiga digit dan
empat digit (nombor kahwin)," katanya semasa ditemui selepas
mengemukakan bidaannya.
Seperti pembida lain, Tiong Ming merahsiakan nilai bidaannya.
Semakan No Plat Kenderaan Terkini boleh disemak di SINI
Katanya, beliau pernah membeli nombor sama untuk pendaftaran negeri Johor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Kontraktor itu berkata, 'mengumpul' nombor pendaftaran menarik adalah hobinya.
Beliau sanggup membeli kenderaan baru untuk nombor pendaftaran yang dimenanginya dalam bidaan.
Pengarah JPJ Perlis, Zulhasmi Mohamad yang ditemui di pejabatnya berkata, JPJ menjangka bidaan untuk nombor pendaftaran RM akan meningkat berbanding nombor pendaftaran sebelum ini.
Katanya, JPJ Perlis pernah menerima bidaan sebanyak 1,797 bernilai lebih RM2 juta, tertinggi setakat ini.
Namun beliau menjangka bidaan untuk nombor RM akan jauh lebih tinggi.
Zulhasmi berkata, bidaan untuk nombor pendaftaran RM bermula dengan nombor 2 hingga RM 9999 dibuka semalam sehingga pukul 12 tengah hari 10 Mac depan.
"Bidaan minimum adalah RM300 untuk nombor popular, RM2,000 untuk nombor menarik dan RM10,000 untuk nombor yang dikategori bernilai utama," katanya.
Beliau berkata, keputusan bidaan akan diumumkan pada 30 Mac depan dan setiap pembida akan diberitahu mengenai keputusan bidaannya - BERNAMA
Tempahan Nombor Plat Kenderaan RM Kini Dibuka
Unknown0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →