Harga Minyak Petrol Dan Diesel Terkini April 2015. Harga runcit rasmi Petrol RON95 RON97 Diesel melalui sistem apungan terurus untuk bulan April 2015
akan diumumkan pada hujung bulan Mac nanti. Di bawah sistem ini, purata bulanan harga minyak mentah dunia dan kadar tukaran mata wang semasaakan menentukan harga runcit bahan api pada sesuatu bulan berikutnya. Berikut adalah jangkaan harga di PAM berdasarkan kepada Purata Harga Pasaran setakat 13 Mac 2015 yang dipetik dari Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petronas Malaysia (PESAMP). Harga
RON 95 dan 97 untuk April 2015 dijangka akan naik sedikit
dari harga terdahulu pada bulan Mac 2015 seiring dengan peningkatan sedikit harga
minyak mentah dunia di pasaran sekarang. Walau bagaimanapun harga iesel dijangka turun sedikit. Berikut adalah Jangkaan Harga Di PAM pada 1 Apr 2015 (Berdasarkan harga purata sehingga 26 Mac 2015)
Info
RON 95
Diesel
RON 97
Anticipated Pump Price
2.02
1.90
2.32
Ini berdasarkan trend harga pasaran yang sedang menaik.
HARGA MINYAK PETROL RON95, RON97 DAN DIESEL UNTUK APRIL 2015 * Harga baharu akan diputuskan mengikut kepada purata harga sepanjang bulan Mac 2015 dan kadar tukaran mata wang semasa
HARGA RUNCIT RASMI PETROL RON95, RON97 DAN DIESEL UNTUK APRIL 2015 * Harga runcit RON95, RON97 dan diesel bagi April 2015 kekal pada harga bulan Mac, demikian menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) 31 Mac 2015.
Sehubungan itu, harga petrol dan diesel bulan April 2015 yang akan berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 April tidak berubah pada
RON95 pada RM1.95 seliter, RON97 pada RM2.25 seliter, dan Diesel pada RM1.95 seliter.
Namun begitu, RON97 tidak dikecualikan daripada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) sebanyak 6.0 peratus - Sumber