Keputusan Malaysia B22 Vs Myanmar B22 Ahad 22 Mac 2015. Skuad Bawah 22 Tahun negara kendalian Razip Ismail sekadar seri 1-1 dengan skuad B-22 Myanmar pada aksi persahabatan kedua di Stadium Thuwanna, Yangon, sebentar tadi.
Ketinggalan menerusi jaringan kapten tuan rumah, Nay Lin Tun pada minit ke-19, skuad Razip berjaya menyamakan kedudukan menerusi penyudah kemas penyerang skuad Liga Perdana Johor Darul Ta'zim II (JDT II), Shafiq Shaharudin pada minit ke-32.
Penjaga gol, Farhan Abu Bakar yang masuk menggantikan Ramdhan Ab Hamid yang cedera pada minit ke-73 muncul wira apabila menyelamatkan sepakan penalti Lin Tun pada minit ke-82.
Selepas tiba di Yangon, Isnin lalu, skuad Razip memulakan langkah kiri apabila tewas 3-0 pada aksi persahabatan pertama bertemu skuad B-20 Myanmar di stadium sama, Khamis lalu. Skuad Razip akan pulang ke tanah air, esok untuk menghadapi aksi sebenar Kelayakan B-23 AFC 2016 di Stadium Shah Alam, 27 hingga 31 Mac ini - BH online