Vicor Kini Penaja Utama BAM Ganti Sunrise Yonex.
Persatuan Badminton Malaysia (BAM), semalam menerima tajaan berjumlah
RM60 juta daripada syarikat pembekal peralatan sukan, Victor dari Taiwan
untuk tempoh enam tahun lapor BERNAMA.
Presiden BAM, Tan Sri
Tengku Mahaleel Tengku Ariff berkata syarikat tersebut kini menjadi
penaja utama bagi membekalkan peralatan sukan kepada pemain badan induk
badminton negara itu, menggantikan Sunrise Yonex yang menjadi penaja
utama BAM selama 15 tahun, sebelum ini.
Tengku Mahaleel berkata
Victor adalah syarikat pembekal peralatan sukan badminton dunia yang
menggunakan teknologi terkini untuk produknya.
Syarikat Victor
adalah penaja skuad badminton Korea Selatan pada 2008 dan membantu
pasukan berkenaan meraih kejuaraan Piala Sudirman 2009, Piala Uber 2010
dan Piala Thomas 2012 serta meraih pingat emas menerusi Lee Yong Dae-Lee
Hyo-jung pada Sukan Olimpik Beijing 2008.
Victor ditubuhkan pada 1968 dan berkembang daripada kilang membuat bulu tangkis, kini berjaya menembusi pasaran dunia dengan produk berteknologi terkini seperti raket badminton, gelanggang, pakaian, kasut dan aksesori lain.
Vicor Kini Penaja Utama BAM Ganti Sunrise Yonex
Unknown0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →