Harga Minyak RON97 Kekal Selepas GST. Harga runcit RON97 pada RM2.25 seliter bagi April sudah diambil kira
Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 6 peratus, menurut
Kementerian Kewangan.
"Harga RON97 itu kekal tidak berubah
seperti harga pada bulan Mac, tidak seperti apa yang dilaporkan dalam
sebuah akhbar iaitu harga RON97 adalah RM2.385 selepas GST," kata
seorang jurucakap kementerian ketika dihubungi Bernama.
GST akan dilaksanakan mulai hari ini, 1 April 2015.
Semalam, RON95, RON97 dan diesel bagi April 2015 diumumkan kekal pada harga bulan Mac.
Sehubungan itu, harga RON95 tidak berubah pada RM1.95 seliter, RON97 pada RM2.25 seliter dan diesel pada RM1.95 seliter - Astro Awani
Harga Minyak RON97 Kekal Selepas GST
Unknown0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →