Keputusan Champions League Juara Eropah 23 April 2015

Keputusan Champions League Liga Juara Eropah 23 April 2015. Berakhirnya peringkat Suku Akhir Kalah Mati Liga Juara-Juara Eropah Champions League 2015 awal pagi ini dengan 2 lagi pasukan berjaya layak ke Separuk Akhir. Real Madrid dan Juventus menjadi 2 pasukan terakhir layak setelah Barcelona dan Bayern Munich melakukannya awal pagi semalam.

Pada perlawanan yang berlangsung awal pagi ini, Real Madrid menewaskan Atletico Madrid 1-0 untuk layak dengan aggregat 1-0. Gol kemenangan Real dijaringkan lewat permainan oleh Javier Hernandez pada minit ke 88. Atletico Madrid bermain dengan 10 orang pada minit ke 76 setelah bintang Turki, Arda Turan di buang padang kerana kad merah. Dalam satu lagi perlawanan, Juventus berjaya mengikat wakil Perancis, Monaco dengan keputusan seri 0-0 untuk keputusan aggregat 1-0.

Undian untuk peringkat Separuh Akhir Champions League musim 2014/ 2015 akan di buat pada 24 April 2015 untuk menentukan pasukan tuan rumah. Perlawanan pertama akan dilangsungkan pada 5 dan 6 Mei 2015 dan kedua pada 12 dan 13 Mei 2015. Perlawanan akhir akan berlangsung di Berlin, Jerman. 
Keputusan Champions League Juara Eropah 2015

.

0 comment... add one now