Keputusan Liga Juara-Juara Eropah 22 April 2015

Keputusan Liga Juara-Juara Eropah 22 April 2015. Bayern Munich dan Barcelona berjaya layak ke peringkat Separuh Akhir Liga Juara-Juara Eropah Musim 2014/ 2015 (European Champions League) awal pagi tadi. Bayern Munich membelasah Porto 6-1 untuk layak dengan agregat 7-4 walaupun tewas peringlat pertama. Barcelona pula menang selesa pada kedua-dua peringkat dan awal pagi tadi mereka menang 2-0 untuk agregat 5-1. Dua jaringan Robert Lewandowski pada separuh masa pertama mencetuskan kebangkitan buat Bayern Munich kerana mereka terpaksa mendapatkan lima gol bagi menyaingi Porto yang menewaskan pasukan itu 3-1 pada suku akhir pertama sebelum ini. 

bayern barca ucl
Namun perlawanan pagi tadi berakhir dengan kejayaan dramatik Bayern dengan keputusan 6-1, sekali gus menyaksikan Bayern mara dengan kemenangan agregat 7-4. Ia turut melakar rekod cemerlang jurulatih Bayern, Pep Guardiola apabila dia tidak pernah gagal layak sebagai empat pasukan terbaik dalam enam kempen Eropah. Penjaring lain bagi Bayern ialah Thiago Alcantara (m-14), Jerome Boateng (m-22), Thomas Mueller (m-36), Xabi Alonso (m-88), manakala Porto memperoleh gol sagu hati menerusi Jackson Martinez pada minit ke-73. Malang bagi Porto apabila terpaksa bermain dengan 10 pemain apabila pertahanannya, Ivan Marcano menerima kad kuning kedua pada 70 minit permainan. 

Neymar juga meledak dua gol pada separuh masa pertama untuk Barcelona dengan kemenangan mudah 2-0 ke atas Paris Saint Germain (PSG), sekali gus layak ke separuh akhir dengan agregat 5-1. - AFP


Keputusan Suku akhir kedua Champions League: 
Barcelona (ESP) 2(Neymar 14, 34) Paris Saint Germain (FRA) 0 
(Barcelona menang agregat 5-1) 

Bayern Munich (GER) 6 (Thiago Alcantara 14, Boateng 22, Lewandowski 27, 40, Mueller 36, Xabi Alonso 88) Porto (POR) 1 (J. Martinez 73) 
(Bayern Munich menang agregat 7-4)


0 comment... add one now