Senarai Pemain Bakal Tinggalkan Liverpool Musim Depan? Pasukan Liverpool dikhabarkan terpaksa ''membina semula pasukan baru' selepas khabar angin terkini atau rumour terkini menyatakan sekurang-kurangnya 10 pemain utama dijangka meninggalkan kelab itu akhir musim ini seperti dipetik dari BBC Sport. Penyerang muda sensasi, Raheem Sterling, 20, adalah nama pertama yang disebut selepas masih belum lagi bersetuju untuk menandatangani kontrak baru yang lumayan. Beliau dikatakan akan dipancing oleh gergasi Serie A, Juventus dengan nilai perpindahan STG50m (RM275 juta).
Kapten
pasukan, Steven Gerrard sudah lebih awal mengumumkan akan meninggalkan
Liverpool untuk beraksi di Liga Bola Sepak Utama USA mewakili Los Angeles
Galaxy. Pemain pertahanan, Glen Johnson boleh meninggalkan kelab atas
perpindahan percuma selepas tamat kontrak hujung musim ini. Begitu juga dengan pertahanan tengah Ivory Coast, Kolo Toure. Masa
depan Martin Skrtel pula masih samar samada mahu menyambung kontrak baru
atau berpindah ke kelab Jerman, Wolfsburg. Antara pemain lain yang dikaitkan akan mengucapkan selamat berpisah kepada juara Eropah lima kali itu adalah Mario Balotelli, Rickie Lambert, Javi Manquillo, Fabio Borini serta penjaga gol simpanan, Brad Jones.
Namun, perkhabaran ceria buat The Kops adalah naib kapten, Jordan Henderson sudah menyuarakan minat kekal bersama The Reds dan bersedia untuk menyambung kontrak dengan gaji STG100,000 (RM540,000) seminggu sehingga 2020. Sementara itu, Philippe Coutinho dan Daniel Sturridge dikatakan akan kekal. Nama pemain baru yang bakal dipancing Brendan Rodgers untuk musim depan termasuk Radamel Falcao dan Memphis Depay.
Spekulasi Senarai Pemain Bakal Tinggalkan Liverpool Musim 2015/ 2016
1) Glen Johnson
2) Martin Skrtel
3) Kolo Toure
4) Mario Balotelli
5) Rickie Lambert
6) Javi Manquillo
7) Fabio Borini
8) Brad Jones
9) Raheem Sterling
10) Steven Gerrard - SAH ke LA Galaxy