Senarai Palsu Skuad Harimau Malaya Ke Kelayakan Piala Dunia 2018

Senarai Palsu Skuad Harimau Malaya Ke Kelayakan Piala Dunia 2018. Jurulatih Malaysia terkejut dengan senarai nama 35 pemain untuk panggilan skuad Harimau Malaya menghadapi Kelayakan Piala Dunia 2018 merangkap Kelayakan Piala Asia 2019 yang tersebar di laman-laman sosial sejak semalam. Dan beliau mengesahkan yang senarai pemain tersebut adalah palsu.

Yang menarik ada antara nama yang jarang dipanggil tetapi 'tersenarai' iaitu penjaga gol Harimau Muda, Farhan Abu Bakar dan pemain pertahanannya, Wan Amirzafran Nadris, kapten Selangor, Shahrom Kalam serta dua pemain Pahang, Saifulnizam Miswan dan Azidan Sarudin. 

Untuk saingan kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia yang bakal berlangsung dari 11 Jun ini hingga 29 Mac tahun depan, skuad Harimau Malaya telah diundi dalam Kumpulan A bersama UAE, Arab Saudi, Palestin dan Timor Leste. Dua perlawanan awal menyaksikan skuad Dollah bakal beraksi di laman sendiri dengan menanti kunjungan Timor Leste pada 11 Jun dan Palestin, 16 Jun ini.
harimau malaya
Senarai Palsu Skuad Harimau Malaya Ke Kelayakan Piala Dunia 2018

0 comment... add one now