Keputusan F1 Grand Prix China 12 April 2015

Keputusan Penuh Formula 1 Grand Prix China 12 April 2015. FI China 2015 telah dimenangi oleh Lewis Hamiltonmenewaskan rakan sepasukan Mercedes, Nico Rosberg di tempat kedua. Perlumbaan sejauh 56 pusingan itu berakhir dengan kereta keselamatan muncul selepas pemandu Toro Rosso, Max Verstappen, mengalami kegagalan enjin di laluan utama ke garisan penamat ketika saingan berbaki dua pusingan. Sementara itu, juara dunia empat kali, Sebastian Vettel dari Ferrari menamatkan perlumbaan di tempat ketiga di hadapan rakan sepasukannya, Kimi Raikkonen.

Ini kemenangan kedua Hamilton musim ini selepas memenangi GP Australia, 15 Mac lalu manakala GP Malaysia di Sepang, 29 Mac lalu dimenangi Vettel. - Reuters

Keputusan F1 Grand Prix China 12 April 2015
KEPUTUSAN GP CHINA 2015
1. Lewis Hamilton (GBR/Mercedes) 305.066 km dalam 1 jam 39 minit 42.008 saat (purata kelajuan: 183.590 km/j) 
2. Nico Rosberg (GER/Mercedes) ketinggalan 0.714 saat 
3. Sebastian Vettel (GER/Ferrari) ketinggalan 2.988 saat 
4. Kimi Raikkonen (FIN/Ferrari) ketinggalan 3.835 saat 
5. Felipe Massa (BRA/Williams) ketinggalan 8.544 saat 
6. Valtteri Bottas (FIN/Williams) ketinggalan 9.885 saat 
7. Romain Grosjean (FRA/Lotus) ketinggalan 19.008 saat 
8. Felipe Nasr (BRA/Sauber AG) ketinggalan 22.625 saat 
9. Daniel Ricciardo (AUS/Red Bull) ketinggalan 32.117 saat 
10. Marcus Ericsson (SWE/Sauber AG) ketinggalan 1 pusingan 
11. Sergio Perez (MEX/Force India) ketinggalan 1 pusingan 
12. Fernando Alonso (ESP/McLaren) ketinggalan 1 pusingan 
13. Jenson Button (GBR/McLaren) ketinggalan 1 pusingan 
14. Carlos Sainz Jr (ESP/Toro Rosso) ketinggalan 1 pusingan 
15. Will Stevens (GBR/Marussia) ketinggalan 2 pusingan 
16. Roberto Merhi (ESP/Marussia) ketinggalan 2 pusingan 
17. Max Verstappen (NED/Toro Rosso) ketinggalan 4 pusingan 

Gagal menamatkan perlumbaan 
1. Nico Hulkenberg (GER/Force India): Pusingan ke-10 
2. Daniil Kvyat (RUS/Red Bull): Pusingan ke-16 
3. Pastor Maldonado (VEN/Lotus): Pusingan ke-50 
4. Max Verstappen (NED/Toro Rosso): Pusingan ke-53

0 comment... add one now