Di Belgium, Club Brugge kekal menjadi pasukan tunggal yang tidak pernah mencatat sebarang kekalahan dalam kempen Liga Europa, musim ini selepas diikat kelab Ukraine, Dnipro 0-0. Satu lagi kelab Ukraine yang juga pendahulu liga negara itu, Dynamo Kiev mengharungi nasib sama apabila seri 1-1 di laman sendiri bertemu kelab Itali, Fiorentina. Pemain antarabangsa Belanda, Jeremain Lens meletakkan tuan rumah di depan namun penyerang Senegal, Khouma Boubacar menyamakan kedudukan menerusi satu cubaan cantik untuk memberikan kelab jolokan La Viola bekalan gol di tempat lawan mengharungi timbal balil. Berikut keputusan perlawanan suku akhir pertama Liga Europa, awal pagi tadi.
Di Kiev, Ukraine
DYNAMO KIEV 1 - Lens m36
FIORENTINA 1 - Babacar m90+2
Di Bruges, Belgium
CLUB BRUGGE 0
DNIPRO 0
Di Seville, Sepanyol
SEVILLA 2 - Bacca m73, Suarez m88
ZENIT ST PETERSBURG 1 - Ryazantsev m29
Di Wolfsburg, Jerman
VFL WOLFSBURG 1 - Bendtner m80
NAPOLI 4 - Higuain m15, Hamsik m23 & 64, Gabbiadini m77