Keputusan Sepak Takraw Siri Super ISTAF Korea 2015

Keputusan Sepak Takraw Siri Super ISTAF Korea 2015. Skuad takraw Malaysia yang diaibkan oleh Korea Selatan semalam berjaya menebus kekecewaan apabila merangkul tempat ketiga Siri Super ISTAF di Kore Selatan petang tadi. Malaysia menang 2 set dengan keputusan 21-18 dan 21-9. Semalam skuad regu sepak takraw negara tunduk di separuh akhir kepada tuan rumah di bumi Gunsan, Korea Selatan dengan 2 set terus 14-21, 13-21. Selepas menjadi wira di bumi Melaka apabila muncul juara Februari lalu dengan menewaskan Thailand dalam satu perlawanan cukup sengit, gandingan Sahidan Ali (tekong), Zuleffendi Sumari (apit kiri), Khairol Zaman Hamir Akhbar (apit kanan) dan Hairul Azizi yang masuk menggantikan Sahidan, gagal mencari jawapan kehebatan regu Korea semalam. Bagaimanapun hanya Khairol Zaman kekal daripada skuad juara di Melaka.
Keputusan Sepak Takraw Siri Super ISTAF Korea 2015
Kali terakhir regu negara tewas kepada Korea adalah pada Siri Super ISTAF di New Delhi dua tahun lalu. Kemenangan semalam juga bermakna Korea berjaya membalas dendam selepas tewas straight set kepada regu negara di Melaka.

Berikut adalah keputusan Final Kejohanan Sepak Takraw Siri Super ISTAF korea 2015 :-


LELAKI
THAILAND   21    21
KOREA SELATAN  10  19


Dalam bahagian wanita pula, Thailand menewaskan Korea Selatan untuk menjadi juara.

0 comment... add one now