Senarai Pasukan Liga Kejuaraan Naik Ke Liga Perdana Inggeris 2015/ 2016

Senarai Pasukan Liga Kejuaraan Naik Ke Liga Perdana Inggeris 2015/ 2016. Musim Liga Inggeris 2014/ 2015 kini menuju ke penghujung. Tidak terkecuali Liga Championship atau npower championship iaitu kedua terbaik Inggeris yang kini bakal melabuhkan tirai dengan 2 pasukan naik ke Liga Perdana Inggeris secara automatik dan satu lagi slot bakal milik pasukan yang menang di perlawanan play-off melibatkan 4 pasukan. Pada masa kini, pendahulu Liga Kejuaraan adalah pasukan Watford yang terus  mengutip mata selepas menewaskan Brighton 2-0 sekaligus mengukuhkan peluang untuk kembali ke aksi Liga Perdana Inggeris musim depan.

Troy Deeney menjaringkan gol pada minit ke-28 untuk merekodkan gol yang ke-21 musim ini. Manakal gol kedua oleh Matej Vyda pada masa tambahan sebelum wisel penamat dibunyikan . Kedudukan Watford ini tidak akan tergugat dengan 88 mata dengan satu baki perlawanan, kecuali Bournemouth (84) memenangi dua baki perlawanan.
npower championship
Bagaimana pun impian Middlebrough untuk memintas Bournemonth tidak tercapai apabila tewas kepada Fulham 4-3, serta Fulham yang berada di kedudukan keempat seri 1-1 dengan Rotherham yang menjadikan kedua-dua pasukan ini terpaksa bersaing dalam aksi play-off bersama Ipswich Town dan Derby County untuk mara ke Liga Perdana.

Kali terakhir Wetford beraksi dalam Liga Perdana pada musim 2006-07.


Berikut adalah kedudukan terkini carta Liga Kejuaraan Inggeris - Championship League 2015 :-
npower championship

0 comment... add one now