Undian Kumpulan Bolasepak Sukan SEA 2015

Keputusan Undian Kumpulan Bolasepak Sukan SEA 2015 Di Singapura. Skuad Malaysia kendalian Datuk Ong Kim Swee menghadapi laluan sukar ke Separuh Akhir acara Bolasepak Sukan SEA 2015 apabila diundi bersama Thailand dan Vietnam, Juara dan semi-finalist Piala Suzuki 2014.  Di atas kertas, persaingan merebut 2 tiket ke separuh akhir dari Kumpulan B adalah diantara 3 pasukan iaitu Thailand, Malaysia dan Vietnam. 

Sukan SEA 2015 Singapura akan berlangsung dari 5 hingga 16 Jun 2015 di mana Emas acara bolasepak  adalah ibu kepada segala pingat. Untuk rekod, skuad Malaysia kali terakhir merangkul pingat emas pada temasya Sukan SEA tahun 2011 di Jakarta, Indonesia. Juara bertahan adalah skuad bawah 23 tahun Thailand yang menjuarainya di Myanmar pada tahun 2013.

Berikut adalah keputusan undian peringkat kumpulan bolasepak Sukan SEA 2015 Singapura : -

KUMPULAN A
Singapura, Indonesia, Myanmar, Kemboja, Filipina

KUMPULAN B
Thailand, MALAYSIA, Vietnam, Laos, Brunei, Timor Leste


Jadual dan Keputusan terkini perlawanan bolasepak Sekan SEA 2015 klik Result Bola Sukan SEA 2015.
Bolasepak Sukan SEA 2015

0 comment... add one now