Carta Kedudukan Terkini Liga Super Dan Perdana Malaysia 24 Jun 2015. Berikut adalah kedudukan terkini pasukan dalam Liga Super dan Perdana Malaysia musim 2015 di mana perlawanan terkini melibatkan 6 perlawanan Liga Super yang berlangsung pada 23 Jun 2015.
Pahang kini mengungguli carta Liga Super dengan 26 mata selepas hampir semua pasukan menamatkan 12 perlawanan kecuali Kelantan dan Sime Darby dengan 11 perlawanan. JDT mengekori di tangga kedua dengan 24 mata dan Selangor serta Perak terikat dengan 21 mata di tangga ketiga dan keempat.
Di Liga Perdana, T-Team unggul dengan 29 mata selepas 12 perlawanan dan meninggalkan Kedah dan Pulau Pinang di tangga kedua dan ketiga dengan 25 mata. 2 pasukan teratas akan layak ke Liga Super Malaysia 2016.
CARTA KEDUDUKAN TERKINI LIGA SUPER MALAYSIA 2015
* Grafik kredit Soccer24.com
CARTA KEDUDUKAN TERKINI LIGA PERDANA MALAYSIA 2015
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.