Malaysia Cemerlang Capai Sasaran Pingat Emas Sukan SEA 2015. Sasaran 50 pingat emas yang diletakkan kepada barisan atlet muda negara di bawah Ketua kontinjen Malaysia ke Sukan SEA 2015, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria tercapai hari ini. Menjelang penutupan rasmi Sukan SEA 2015 edisi ke-28 temasya sukan dwitahunan pada Selasa ini, skuad negara telah meraih kuitpan 57 emas setakat jam 600 petang.
Kejayaan Malaysia yang meraih 58 pingat emas ini juga berjaya mengatasi kutipan 43 emas yang diperoleh pada edisi 2013 di Myanmar. Oleh itu Malaysia berada di landasan tepat untuk menjadi juara keseluruhan pada temasa Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur seperti saran Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pada Sukan SEA 2015 Singapura kali ini, pasukan yang paling cemerlang setakat ini dengan 5 emas atau lebih adalah seperti berikut :-
Acara Terjun - 8 emas
Gimnastik - 5 emas
Kapal Layar - 6 emas
Bowling - 5 emas
Memanah - 5 emas
Namun beberapa acara sukan mempamerkan persembahan mengecewakan terutama Bolasepak dan Taekwando.