Malaysia Raih Emas Sepak Takraw Antara Regu Sukan SEA 2015. Tahniah kepada skuad sepak takraw negara yang berjaya menamatkan kemarau emas Sukan SEA sejak 10 tahun lalu apabila menjuarai acara antara regu di Dewan Ekspo Singapura, petang tadi. Skuad negara yang diwakili oleh Farhan Adam, Mohd Khairul Zaman Hamir Akhbar, Mohd Hanafiah Dolah, Ahmad Aizat Mohd Nor Azmi dan Mohammad Syahir Mohd Rosdi menewaskan Laos 2-0 untuk emas ke-41 negara pada Sukan SEA kali ini.
Menurut BH online, acara berkenaan bagaimanapun tidak disertai Thailand yang juga juara bertahan sejak lapan tahun lalu.
Malaysia Raih Emas Sepak Takraw Antara Regu Sukan SEA 2015
Unknown0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →