Lafaz Niat Puasa Ramadan
Tidak wajib dan tidak juga sunat berniat puasa
dalam bahasa Arab, memadai ianya di baca dalam bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang
kita fahami. Tetapi adalah lebih baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab
dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad
s.a.w. dan bahasa Al-Quran.
- Niat Puasa Bulan Ramadhan dan Niat Puasa sebulan

Namun
begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti
haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi
memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah
diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang
daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui
niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu
niatnya:
“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.
Waktu Berniat Puasa
Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.
Doa berbuka puasa

Lafaz Doa Selepas Berbuka Puasa
![]() |
Doa Selepas Berbuka Puasa |