Cara Solat Tarawih Panduan Lengkap

Cara Solat Sunat Tarawih Panduan Lengkap. Solat Sunat Tarawih hanya dilakukan pada malam bulan Ramadhan sahaja. Tarawih ertinya beristirehat. Maka solat ini dilaksanakan berselang-seli dengan ‘berehat seketika’, Tujuan berhenti rehat sekejap adalah untuk memperolehi keikhlasan dan memberikan ketenangan kepada mereka yang bersolat, khususnya kepada warga emas disamping mengelakkan ketegangan badan selepas berbuka puasa.


Cara Solat Tarawih Panduan Lengkap



Solat Sunat Tarawih ialah ibadat tambahan yang dilakukan dalam keadaan tenang dan tidak tergopoh-gapah. Ia satu cara untuk menunjukkan keikhlasan, kebaktian dan ketaatan kepada Allah SWT. Jesteru itu Rasulullah SAW menyuruh ia dilakukan mengikut kemampuan, keikhlasan dan kerelaan. Sekiranya tidak mampu melakukan 20 rakaat disebabkan tugas mahu pun kesihatan, memadai dengan lapan rakaat sahaja.


Sunnah Rasulullah SAW


Bilangan rakaat Solat Sunat Tarawih yang biasa dilakukan Rasulullah SAW adalah 11 rakaat; terdiri dari 8 rakaat solat Tarawih dan 3 rakaat Solat Sunat Witir. Jumlah ini dipilih oleh kebanyakan umat Islam Malaysia.Solat sunat Ramadhan lapan rakaat oleh Rasulullah SAW, seperti yang dilihat oleh Aisyah r.a. di rumah, adalah yang minimum kerana Baginda SAW memanjangkan rakaatnya.



Abu Salamah r.a pernah bertanya kepada Aisyah r.a tentang solat malam Rasulullah SAW di bulan Ramadhan. Aisyah menjawab: “Rasulullah SAW tidak pernah menambah rakaat solatnya di bulan Ramadan dan atau bulan lain melebihi sebelas rakaat. Baginda solat empat rakaat, jangan engkau tanya betapa bagus dan panjangnya solat baginda. Kemudian, baginda solat empat rakaat, jangan engkau tanya betapa bagus dan panjangnya solat baginda. Kemudian, baginda solat tiga rakaat (witir).” – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Sahihnya, no: 1147.


Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah r.h menyatakan di dalam kitabnya Majmu’ al-Fatawa, mengenai solat qiyam Ramadan (solat Tarawih); “Nabi SAW tidak pernah menetapkan jumlah rakaatnya. Namun, baginda sendiri tidak pernah mengerjakannya melebihi 11 atau 13 rakaat sama ada pada bulan Ramadan atau bulan lain. Baginda melakukan solat qiyam dengan memanjangkan rakaatnya.”


Aishah r.a. meriwayatkan lagi; Rasulullah SAW solat (Tarawih) empat rakaat pada waktu malam, setelah itu beristirehat. Baginda duduk lama sehingga saya kasihan melihatnya. Saya berkata kepadanya: “Demi Allah wahai Rasulullah! Dosa-dosamu telah diampuni Allah, sama ada dosa yang terdahulu dan yang terkemudian; maka untuk apakah tuan bersusah payah solat seperti ini?”
Baginda SAW menjawab: “Bukankah lebih baik kalau aku menjadi hamba yang bersyukur?”


Bacaan Surah


Sesudah membaca Al Fatihah pada setiap rakaat, lalu membaca ayat-ayat atau surah daripada Al Quran, tidak kira pendek atau panjang, atau berulang-ulang, asalkan bacaan itu betul dan solat ini dibuat dengan cermat. Sebaik-baik surah yang dibaca selepas al-Fatihah pada solat Tarawih ialah satu juzuk daripada al-Quran pada setiap malam seperti kelaziman seseorang yang hafaz al-Quran (al-Hafiz).

Setelah membaca surah Al-Fatihah, bacalah sebarang surah lazim yan diketahui. Pada raka’at kedua ada baiknya membaca surah al-Ikhlas 3 kali.Kebanyakan orang biasanya hanya membaca surah-surah lazim. Berikut adalah cara tersusun membaca surah lazim Solat Sunat Tarawih lapan rakaat;


Jadual Surah Solat Tarawih Lapan Rakaat



RakaatSurah
PertamaAt Takaatsur
KeduaAl Ashry
KetigaAl Humazah
KeempatAl Fiil
KelimaAl Quraisy
KeenamAl Ma'uun
KetujuhAl Kautsar
KelapanAl Kaafiruun


Cara Solat Tarawih


1. Niat
Niat Solat Tarawih


2. Bacaan Selawat, Tasbih dan Doa Solat Tarawih
  • Setelah selesai melakukan solat fardu dan solat sunat Ba’diah Isyak, maka Bilal memulakan Solat Tarawih dengan menyeru:

  • Bilal dan jamaah sama-sama membaca:
Tasbih Solat Tarawih

  • Bilal menyeru dengan lafaz bagi permulaan mendirikan solat sunat Tarawih;
Tasbih Solat Tarawih

  • Imam dan jamaah sama-sama mendirikan 2 rakaat pertama solat sunat Tarawih;
    • Bacaan selepas surah Al-Fatihah
      • Raka'at Pertama : Surah At Takaatsur
      • Raka'at Kedua : Surah Al Ashry

  • Setelah memberi salam pada akhir rakaat ke-2, Bilal dan jamaah bersama-sama mengucapkan zikir berikut:
Tasbih Solat Tarawih


  • Imam dan jamaah bersama-sama mendirikan solat sunat Tarawih untuk rakaat ke 3 dan 4;
    • Bacaan selepas Surah Al-Fatihah:
      • Raka’at ketiga: Surah Al Humazah
      • Raka’at keempat: Surah  Al Fiil
  • Setelah memberi salam pada akhir rakaat ke-4; Bilal dan jama’ah membaca Tasbih dan Selawat:
Tasbih Solat Tarawih

  • Diikuti dengan Imam membaca doa berikut:
Doa diantara Solat Tarawih

  • Sebelum mendirikan 4 rakaat lagi, bilal dan jamaah membaca kalimat:
Tasbih Solat Tarawih

  • Imam dan jamaah sama-sama meneruskan Solat Sunat Tarawih rakaat yang ke 5 dan 6;
    • Bacaan selepas Surah Al-Fatihah:
      • Raka’at kelima: Surah Al Quraisy
      • Raka’at keenam: Surah  Al Ma’uun
  • Setelah memberi salam pada akhir rakaat ke-6; Bilal dan jamaah bersama-sama mengucapkan zikir dberikut:
Tasbih Solat Tarawih

  • Imam dan jamaah bersama-sama meneruskan solat sunat Tarawih untuk rakaat ke 7 dan 8;
    • Bacaan selepas Surah Al-Fatihah:
      • Raka’at ketujuh: Surah Al Kautsar
      • Raka’at kelapan: Surah  Al Kaafiruun
  • Setelah memberi salam pada akhir rakaat ke-8 (akhir); Bilal dan jama’ah membaca Tasbih dan Selawat:
Tasbih Solat Tarawih

  • Apabila selesai mendirikan 8 raka’at Solat Tarawih, membaca doa berikut;
    • Doa Sesudah Solat Tarawih
Doa Selepas Solat Tarawih


Doa Selepas Solat Tarawih

Doa Selepas Solat Tarawih

Cara Solat Sunat Witir


  • Niat
Niat Solat Witir

  • Bacaan selepas Fatihah:
    • Raka’at pertama: Surah Al-A’laa
    • Raka’at kedua: Surah Al-Kafiruun
  • Sesudah salam, Bilal membacakan selawat;
Selawat

  • Jemaah terus berdiri untuk mengerjakan satu lagi raka’at Witir. Lafaz niat pada satu rakaat terakhir:
Niat Solat Witir
  • Selepas bacaan al-Fatihah, pada raka’at terakhir, dibaca pula surah;
    • Al-Ikhlas
    • Al-Falaq
    • An-Naas
  • Bemula malam 16 Ramadhan, disunatkan membaca Doa Qunut sebelum melakukan sujud petama.
Doa Qunut

  • Selesai mengerjakan Solat Witir disunatkan mengucapkan:
Solat Witir

  • Boleh dibaca doa-doa berikut:

Doa Selepas Solat Witir

Panduan ini hasil dari sahabat kita Shafiqolbu yang berkongsi dengan kita semua. Semoga panduan ini bermanfaat pada anda semua. Dan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa.

Untuk mengetahui Jadual Berbuka Puasa Di Negeri anda sila ke Ramadhan 2016

0 comment... add one now