“Saya rasa beliau harus menjauhkan diri daripada politik. Jika tidak, beliau juga akan dapat benda yang sama. Kita akan whack (belasah) dia.
“Raja-raja dan keluarga diraja ini berada di atas undang-undang. Kalau dia (Tunku Ismail) mahu menjadi ahli politik, jadi dia perlu beritahu. Kemudian kita boleh menjawab balik.
“Kamu memegang jawatan penting di negeri...kalau kerajaan “belasah” kamu balik, jangan marah,”
Namun tidak sampai beberapa jam kemudian selepas kenyataan Nazri, video berdurasi 17 saat yang memaparkan aksi tanpa suara Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mempunyai tafsiran yang mendalam telah dipost di Facebook.
Dalam klip video dimuat naik pada akaun Facebook Johor Southern Tigers di sini petang tadi, anak Sultan Johor itu kelihatan sedang berehat di atas kerusi apabila kamera datang menghampirinya.
Ketika kamera berada di kiri Tunku Ismail, beliau menoleh dan mengangkat tangan kirinya sebelum membuat isyarat "marilah" sambil bersandar di kerusi.
Klip sepanjang 17 saat itu juga bermula dan berakhir dengan bunyi ngauman harimau.