Syarat- Syarat Permohonan
Calon-calon hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut :
- 1.Warganegara atau penduduk tetap Malaysia sahaja.
- 2.Berumur 16 tahun dan ke atas.
- 3.Memiliki MyKad/ Polis/ Tentera/ MyPR.
- 4.Tidak memiliki apa-apa kelas lesen memandu lain termasuk lesen memandu percubaan.
- 5.Tiada senarai hitam mahkamah, JPJ atau Polis.
- 1.Borang MyLesen yang telah lengkap diisi. Borang Permohonan MyLesen JPJ Klik JPJ
- 2.Salinan fotostat MyKad/Polis/Tentera/MyPR.
- 3.Borang Permohonan Ujian Undang-undang Jalan Raya (Bahagian I) Lisan yang telah diluluskan (bagi pemohon buta huruf atau lembam sahaja)
- 1. Tempoh pendaftaran 1 BULAN dan semua calon perlu selesaikan semua proses latihan dan ujian dalam tempoh sekitar 4 bulan daripada tarikh pendaftaran.
- 2. Kadar bayaran ditetapkan bagi setiap calon ialah RM299.00 sahaja termasuk GST.
- 3. Setiap peserta perlu membuat bayaran penuh RM299.00 kepada institut memandu yang dipilih sendiri semasa pendaftaran peserta di institut memandu berkenaan.
- 4. Pembayaran atas nama institut memandu yang dipilih peserta sendiri dan amaun yang dibenarkan hanya RM299.00 sahaja.
- 5. Pembayaran diterima:
- (1. Tunai, 2. Kiriman Wang/Pos, 2. Draf Bank, 3. Cek Bank Tempatan Sahaja).
- 6. Pakej ini termasuk bayaran yuran Ujian Bahagian I Berkomputer untuk kali pertama sahaja.
- 7. Jika peserta gagal, bayaran Ujian Bahagian I Berkomputer ulangan untuk kali kedua akan ditanggung oleh peserta sendiri dan tidak termasuk dalam pakej ini.
- 8. Kos pengangkutan peserta ditanggung oleh peserta sendiri dan tidak termasuk dalam pakej ini.
- Kos-kos lain juga tidak termasuk dalam pakej ini dan ditanggung oleh peserta sendiri.
- 9. Setiap peserta perlu mengikuti kelas KPP mengikut SOP yang ditetapkan.
- 10. Peserta perlu mengikuti kelas tambahan (pre-test dan tutorial komprehensif) selama 2 jam yang disediakan oleh institut memandu bagi persediaan peserta untuk menduduki Ujian Bahagian I Berkomputer.
- 11. Calon yang gagal ujian Berkomputer 2 kali, ujian bertulis akan disediakan 2 kali ujian dan seterusnya 2 kali ujian lisan sahaja. Jika masih gagal, calon dikira tidak layak dan terkeluar daripada program myLesen dan tiada apa-apa tuntutan baki bayaran yuran boleh dibuat oleh calon.
- 12. Jika calon gagal dalam ujian Bahagian II dan III kali pertama,
- kadar bayaran seterusnya bagi ujian semula ditanggung oleh calon sendiri.
- 13. Peserta hendaklah bersedia mengikuti program MyLesen berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan dan ujian yang ditetapkan.
- 14. Kegagalan mematuhi mana - mana syarat dan tempoh masa latihan dan ujian yang ditetapkan akan menyebabkan peserta terkeluar daripada program myLesen ini dan tiada apa -apa tuntutan kewangan termasuk pulangan baki yuran boleh dibuat atas kegagalan peserta mematuhi syarat yang ditetapkan.
- 15. Tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia dari semasa ke semasa.