Jurulatih Baru Skuad Bolasepak Malaysia

Jurulatih Baru Skuad Bolasepak Malaysia. Siapa bakal Ketua Jurulatih baru skuad Harimau Malaya? Nama jurulatih baru yang bakal menggantikan Dollah Salleh akan diketahui oelh peminat bolasepak di Malaysia pada Isnin petang. Dikongsikan dari FB FAM, satu sidang media akan diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya, jam 6 petang (18 Januari 2016) bagi pengumuman ketua jurulatih baharu skuad kebangsaan.

Umum sedia maklum yang Dollah Salleh (kini jurulatih Perlis) telah meletak jawatan susulan kekalahan memalukan 0-10 Malaysia kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada perlawanan ketiga Kumpulan A pusingan kelayakan di Abu Dhabi, UAE, 3 September lepas. Ketua jurulatih skuad B-23, Datuk Ong Kim Swee dilantik oleh FAM bagi mengendalikan sementara skuad Harimau Malaya bagi baki lima perlawanan Kumpulan A Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 bermula dengan perlawanan keempat menentang Arab Saudi di Stadium Shah Alam, 8 September lepas.

ketua Jurulatih harimau malaya

Antara 3 calon jurulatih yang bakal mengisi kerusi panas jurulatih skuad Harimau Malaya adalah :-
  • 1) Bojan Hodak
  • 2) Datuk Ong Kim Swee
  • 3) Robert Alberts

* Datuk Ong Kim Swee telah dilantik sebagai Jurulatih baru skuad bolasepak Malaysia selepas pengumuman rasmi dari FAM.

0 comment... add one now