Biodata Juan Martin Lucero Pemain Import JDT 2016

Biodata Juan Martin Lucero Pemain Import JDT 2016. Akhirnya nama pemain import keempat Juara Liga Super 2015, JDT terjawab hari ini apabila Facebook Rasmi Johor Southern Tigers mengesahkan yang pemain kelab Independiente, Argentina iaitu Juan Martin Lucero adalah pemain yang telah melengkapkan kouta pemain import JDT untuk musim Liga Malaysia 2016.

Pengumuman Rasmi Juan Martin Lucero Ke JDT

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf atas kelewatan pengumuman pemain import keempat kami. Kami tidak boleh mengumumkannya tanpa sebarang kertas kerja atau pengesahan. Walaubagaimanapun, saya ingin memaklumkan kepada anda bahawa kami telah menandatangani Juan Martin Lucero dari kelab Argentina Independiente. 

Kami mempunyai banyak pilihan. Tetapi, kami percaya bahawa dia adalah pemain yang paling sesuai untuk JDT. Selepas pertemuan dengan Pengarah Sukan JDT Alistair Edwards, Pengurus Mario Gomez, Penolong Jurulatih Raul, 'Scouts' dan Ejen Kelab Martin Prest, Nasir Yusof, Luciano Figueroa, dan juga 'scouts' kami yang lain di Argentina, kami merasakan bahawa dia adalah pemain yang paling sesuai untuk kami. Adalah merupakan perkara yang terbaik apabila memiliki pemain muda kerana mereka mempunyai nilai dan boleh dianggap sebagai aset kelab kami. 

Lucero masih muda dan mempunyai rekod prestasi yang sangat baik. Beliau merupakan antara salah seorang pemain muda Argentina yang sedang meningkat naik dan beliau juga seorang pemain yang cukup rajin. Kami amat bertuah kerana berjaya mendapatkan beliau di JDT walaupun banyak kelab-kelab lain di seluruh dunia yang bersaing mendapatkannya. Ini menunjukkan bahawa reputasi kami sedang berkembang di pentas dunia.

Beliau akan tiba esok jam 12.00 tengahari dan akan menyertai latihan pasukan pada waktu malam. Saya akan memperkenalkan beliau kepada penyokong keesokan harinya di stadium. 
Biodata Juan Martin Lucero JDT

Kita telah menyaksikan pemain seperti Daniel Guiza, Simone Del Nero, Pablo Aimar, Luciano Figueroa dan Marcos Antonio. Tahun ini kami cuba untuk menjadi seperti biasa (low profile) dalam mendapatkan pemain disebabkan kerana ekonomi dunia dan juga kejatuhan nilai Ringgit Malaysia. Namun ada satu masalah setakat ini. Ianya adalah kesilapan saya. Saya terlupa bahawa kita adalah Johor Darul Ta'zim. Dan menjadi normal atau biasa bukan cara kami kerana kita berada di sini untuk berusaha menjadi lebih hebat dan berterusan mencipta sejarah.
DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor Sumber : FB Johor Southern Tigers 9 Feb 2016

Biodata Juan Martin Lucero Pemain Import JDT 2016

Berikut adalah biodata Juan Martin Lucero, pemain Independiente yang dikaitkan untuk perpindahan ke Malaysia.
  • Nama Penuh : Juan Martín Lucero
  • Warganegara : Argentina
  • Tempat Lahir : Mendoza, Argentina
  • Tarikh Lahir :  30 November 1991
  • Umur : 24 tahun
  • Tinggi : 1.79 meter
  • Posisi : Centre Forward/ Attacking Midfielder

Selamat datang Juan Martin Lucero ke pasukan JDT. Moga anda mampu dapat menambahbaik pasukan JDT pada masa kini dengan persembahan yang terbaik dan bertenaga.

0 comment... add one now