Cara Mengira IQ Untuk Menilai Tahap Kepintaran


test iq
Cara Kira Test IQ. IQ ataupun Intelligence Quotient adalah salah satu pengukur yang sering digunakan untuk menilai tahap kepintaran seseorang individu. Kita sudah pasti sering mendengar istilah ini. Walaupun penggunaan IQ sebagai pengukur kepintaran tidak diterima oleh semua saintis, tetapi kita boleh bersetuju bahawa seseorang yang dikatakan mempunyai IQ yang tinggi adalah seorang individu yang istimewa.

Untuk menilai IQ seseorang, terdapat ujian-ujian khas yang boleh dilakukan. Ujian-ujian ini bukan sahaja mencabar, tetapi ia juga mampu digunakan sebagai bahan pembelajaran dan pengajaran (P&P) yang menarik.

Di Internet terdapat banyak sumber berkaitan ujian IQ yang boleh kita gunakan sama ada hendak membuat ujian secara dalam talian, atau pun boleh disalin untuk tujuan P&P.

Berikut adalah antara lam web untuk mengira atau mengukur tahap IQ anda :-

Cara Mengira IQ Untuk Menilai Tahap Kepintaran

1) IQTEST.COMhttp://www.iqtest.com

Laman web ini menawarkan ujian IQ secara percuma untuk menilai kekuatan mental seseorang individu serta juga kelemahannya.

Ia juga menyediakan penjelasan yang agak terperinci tentang apa itu markah IQ, memahami tentang pengujian IQ, serta mentakrifkan kepintaran.

Ujian yang dijalankan melalui beberapa peringkat yang mana pada setiap tahap, sejumlah soalan yang telah dikumpulkan mengikut kategori tertentu perlu dijawab dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Hasil daripada ujian IQ itu, laman web ini akan menilai kekuatan dan kelemahan mental anda. Ia memberi peluang kepada kita untuk mengetahui diri kita sendiri dengan lebih dekat.

Ujian percuma yang disediakan itu sebenarnya adalah sebahagian daripada ujian lengkap yang boleh diambil (tetapi secara berbayar) untuk menguji kepintaran kita dalam 13 bidang yang berlainan.

Antaranya ialah kepintaran visual, aritmetik, ejaan, kosakata, logik, geometri, algebra, kelajuan pengiraan, ingatan jangka pendek dan pengetahuan am.

2) Puzz.comhttp://www.puzz.com/

Laman ini merupakan satu direktori ringkas tentang laman-laman web yang menyediakan kandungan berkaitan ujian IQ, kuiz, teka-teki dan pelbagai jenis permainan yang menguji minda.

Selain pautan kepada laman web lain, ia juga menyediakan bahan-bahannya sendiri, yang paling menarik ialah Puzz.com's 1001 Best Puzzle di http://www.puzz.com/1001.

Terdapat 1021 teka-teki yang dibahagi kepada beberapa kategori untuk dicuba, termasuklah analogi, pemikiran logik/lateral, kriptogram, masalah matematik dan lain-lain.

3) TEST YOUR I.Q. - http://www.free-iqtest.net/

0 comment... add one now