Semakan Keputusan Ujian Memandu Berkomputer Bahagian 1 JPJ Secara Online

Semakan Keputusan Ujian Memandu Berkomputer Bahagian 1 JPJ

Semakan Keputusan Ujian Memandu Berkomputer Bahagian 1 JPJ

UJIAN  BAHAGIAN 1: UNDANG-UNDANG BERKOMPUTER (1 JAM)
Setelah menduduki Kursus Kursus Penilaian Pemandu selama 5 jam, anda perlu membuat ujian teori berkomputer. Anda perlu buat booking dengan menghubungi sekolah memandu setelah anda bersedia untuk menduduki ujian tersebut. Booking perlu dibuat selewat-lewatnya sehari sebelum ujian undang-undang dibuat.

Markah minimum yang perlu anda perolehi adalah 42/50. Anda boleh membuat latihan 500 soalan daripada buku latihan ujian undang-undang jalanraya yang boleh didapati secara percuma jika mendaftar dengan sekolah memandu. Majoriti soalan akan keluar dari soalan tersebut. Sila ambil perhatian tentang contoh-contoh soalan yang akan keluar semasa menghadiri kursus KPP.

Perlu diingatkan, sebelum menjawab ujian tersebut, anda dikehendaki membuat ujian buta warna, ujian huruf, nombor dan warna. Staf di pusat ujian tersebut akan mengambil gambar anda dan anda dikenakan caj RM10.

Selepas menghadiri peperiksaan Undang-undang berkomputer ini, semakan boleh di buat secara online di applikasi semakan JPJ di bawah ini

KLIK - http://www.jpj.gov.my/keputusan-ujian-berkomputer

0 comment... add one now