Jeruk Mangga Asam Boi

Jeruk Mangga Asam Boi kini viral/trending di media sosial. So bagi mereka yang ingin buat sendiri dan tidak mahu membeli bolehlah melihat panduan cara-cara buat Jeruk Mangga Asam Boi yang mudah dan sedap di sini. Berbagai cara 

Resipi Jeruk Mangga Asam Boi - ada berbagai cara untuk membuatnya


Jeruk Mangga Asam Boi

Ini perkongsian resipi dari http://hasyanaurah.com/

Bahan-bahan
Mangga muda
Asam boi
Gula ( lebihkan )
Garam
Cili padi potong ( lebihkan jika suka pedas )

Cara-cara

Kupas dan belah buah mangga, cuci dan toskan sehingga air agak kering. Gaulkan mangga dengan semua bahan. Simpan dalam peti ais dalam 4-5 jam. Siap untuk dimakan. 

Ini pula dar FB Cik Jan

Bahan-Bahan

cili kering

6 cawan air
1 1/2 cawan gula pasir
4 ketul gula melaka
1 kampit garam
buah mangga muda

Cara-cara membuat Jeruk Mangga Asam Boi

satukan buah mangga muda yang telah ditoskan dengan air gula dan cili kering kisar tadi...gaul rata-rata...masukkan sedikit garam secukup rasa...isikan ke dalam botol...biarkan selama 1-2 hari supaya air gula dan cili meresap...sedap dimakan sejuk...jadi, simpanlah dalam peti sejuk untuk rasa lebih sedap lagi...jeruk ini boleh tahan 2-3 bulan kalau disimpan tp selalunya tak sampai seminggu dah habis 

1 - Cili kering dijerang bersama air...kemudian, dikisar...buat ikut selera sendiri...kalau hendak pedas, sediakanlah banyak-banyak...kalau hendak kurangkan pedas, bolehlah buangkan bijinya dahulu...

2 - Petik/kutip/beli buah mangga muda secukupnya...potong dan belah 4...kalau buahnya kecil, belah 2 shj...buang bijinya...basuh dan bilas bersih-bersih buangkan getahnya...

3 - Rendam buah mangga muda dalam besen/periuk besar dengan sekampit garam selama 1-2 hari sehingga kulit mangga muda bertukar kekuningan...

4 - Jerang 4 ketul gula melaka dan 1 1/2 cawan gula pasir bersama 6 cawan air di atas api sederhana...boleh tambahkan air lagi jika rasa pekat...air gula ini dibiarkan sejuk.

kredit Rossacalla

SELAMAT MENCUBA

0 comment... add one now