Penjaring Terbanyak Liga Juara-Juara Sepanjang Masa. Cristiano Ronaldo adalah pemain bola sepak profesional Portugis yang bermain untuk kelab Sepanyol Real Madrid dan pasukan kebangsaan Portugal. Beliau yang bermain di posisi penyerang dan mengetuai pasukan Portugal. Pada 2008, beliau memenangi anugerah-anugerah Ballon d 'Or and FIFA World Player of the Year pertama beliau dan kemudian itu memenangi FIFA Ballon d 'Or pada 2013 dan 2014. Berikut adalah Pemegang Rekod Penjaring Terbanyak Liga Juara-Juara sepanjang masa yang dapat dikongsikan pada anda semua.
Namanya yang sering disebutkan sebagai pemain terbaik di dunia, Ronaldo digelar pemain Portugis terbaik sepanjang masa oleh Portuguese Football Federation. Pada 2016, Forbes menamakan Ronaldo sebagai atlet yang menerima gaji termahal didunia selepas Lionel Messi. Pada Jun 2016, ESPN menamakan Ronaldo sebagai atlet yang paling terkenal dunia.
Ronaldo juga memegang rekod untuk gol paling banyak dalam satu musim UEFA Champions League, setelah menjaringkan 17 gol dalam musim 2013-14. Pada 2014, Ronaldo menjadi pemain paling cepat menjaringkan 200 gol dalam La Liga, yang beliau capai dalam perlawanan La Liga ke-178. Untuk pengetahuan anda, beliau adalah satu-satunya pemain dalam sejarah bola sepak mendapat 50 atau lebih gol dalam satu musim di enam kejohanan berturut-turut. Pada 2015, Ronaldo menjadi penjaring gol terbanyak sepanjang masa dalam UEFA Champions League sehingga sekarang, dan beliau juga menjadi penjaring gol sepanjang masa di Real Madrid. Beliau merupakan penjaring gol kedua tertinggi dalam sejarah selepas Lionel Messi yang juga bermain di La Liga.
Pemegang Rekod Penjaring Terbanyak Liga Juara-Juara
No | Nama | Pasukan | Jaringan | Penalti |
---|---|---|---|---|
1 | Cristiano Ronaldo | Manchester United / Real Madrid | 93 | 11 |
2 | Lionel Messi | FC Barcelona | 83 | 9 |
3 | Raul | FC Schalke 04 / Real Madrid | 71 | 1 |
4 | Ruud van Nistelrooy | Real Madrid / Manchester United / PSV Eindhoven | 56 | 10 |
5 | Thierry Henry | FC Barcelona / Arsenal FC / AS Monaco | 50 | 3 |
6 | Zlatan Ibrahimovic | Inter / Juventus / AC Milan / FC Barcelona / PSG / AFC Ajax | 48 | 5 |
Andriy Shevchenko | AC Milan / Chelsea FC / Dinamo Kiev | 48 | 5 | |
8 | Karim Benzema | Real Madrid / Olympique Lyon | 46 | 0 |
Filippo Inzaghi | Juventus / AC Milan | 46 | 1 | |
10 | Didier Drogba | Chelsea FC / Olympique Marseille / Galatasaray | 44 | 2 |