9 Maut Dan 4 Hilang Banjir Di Kelantan 2014
UnknownStatistik Banjir Di Kelantan Setakat 29 Disember 2014. Hanya 9 kematian dan 4 kehilangan direkod dalam kejadian banjir di Kelantan sejak 17 Disember 2014 lalu. Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim, tiga kematian di Kota Bharu, 4 di Pasir Mas dan 2 di Tumpat, manakala 1 kes kehilangan dilaporkan di Pasir Mas dan 3 di Kuala Krai.
Oleh itu beliau menafikan laporan di media sosial mengenai angka kematian yang tinggi dan akan mengambil tindakan perundangan terhadap pihak terbabit mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
Katanya kes kematian membabitkan mangsa di Kota Baharu ialah tiga orang, Pasir Mas (empat, satu hilang), Tumpat (dua) dan Kuala Krai (tiga hilang) yang kesemua berumur antara 1 tahun hingga 60 tahun.
Beliau berkata tiada tangkapan dibuat terhadap penyebar fitnah itu tetapi pihaknya telah mempunyai bukti pihak yang bertanggungjawab.
0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →