Bintang Sukan Malaysia Juara Kejohanan Skuasy Wanita Dunia 2014

Kejohanan Skuasy Wanita Dunia 2014Bintang Sukan Malaysia Juara Kejohanan Skuasy Wanita Dunia 2014. Ratu skuasy Malaysia, Datuk Nicol David melabuhkan tirai musim 2014 dengan bergaya selepas menjuarai Kejohanan Skuasy Wanita Dunia 2014 menewaskan peserta tuan rumah Mesir, Raneem El Weleily, Sabtu.
Ia merupakan kemenangan kelapan buat pemain skuasy wanita nombor satu dunia itu, menjulang gelaran mahkota dunia pada usia 30 tahun.
Kejohanan itu yang berlangsung di Wadi Degla Club di Kaherah, Mesir, menyaksikan Nicol terpaksa berhempas pulas selama 66 minit dalam pertarungan yang berlarutan sehingga lima set.
Berikut keputusan penuh perlawanan Final Kejohanan Skuasy Wanita Dunia 2014
Datuk Nicol David   5   11   7   14   11
Raneem El Weleily 11   8   11  12    5

0 comment... add one now