Permohonan Politeknik Program Sarjana Muda Sesi Mac 2015

Permohonan Politeknik 2015

Permohonan Politeknik Program Sarjana Muda Sesi Mac 2015. Dipetik dari Portal Rasmi Bahagian Pengambilan Pelajar Politeknik, calon-calon lepasan Diploma Politeknik berkaitan yang berkelayakan dipelawa masuk ke Politeknik bagi mengikuti Program Sarjana Muda Politeknik Sesi Mac 2015. 

Permohonan boleh dibuat dengan membeli Nombor Unik ID Kategori B berharga RM 15.60 di semua cawangan Bank Simpanan Nasional di seluruh negara.

1. Permohonan ke Program Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pemasaran boleh dibuat melalui Aplikasi Dalam Talian (e-Borang) yang akan dibuka pada 15 Disember 2014 sehingga 9 Januari 2015.

Syarat kemasukan klik SINI

Applikasi Permohonan - http://www.politeknik.edu.my/eborangijazahv1/loginsarjana.aspx

2. Permohonan ke Program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Pembungkusan Industri) Dengan Kepujian boleh dibuat dengan merujuk Laman Sesawang Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) untuk mengisi borang permohonan dan syarat kemasukan.

Applikasi Permohonan - Klik PSA


PROGRAM SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN (KEPUJIAN) PEMASARAN AMBILAN MAC 2015
Jualan Nombor UNIK ID15 Disember 2014 hingga 09 Januari 2015
Permohonan secara online dibukaMulai 15 Disember 2014
Permohonan secara online ditutup09 Januari 2015
Penghantaran dokumenSelewat-lewatnya 16 Januari 2015
Pengumuman keputusan permohonan28 Januari 2015
Pendaftaran Pelajar Baharu23 Februari 2015

0 comment... add one now