Gambar Kejadian Banjir Di Pantai Timur Malaysia Disember 2014

Gambar Kejadian Banjir Di Pantai Timur Malaysia Disember 2014. Ketiga-tiga negeri di pantai timur Semenanjung mencatatkan peningkatan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan pagi ini, dengan jumlah terbesar dicatatkan di Kelantan, daripada 8,505 orang malam tadi kepada 15,624 orang pagi ini.

Di Pahang, jumlah meningkat daripada 1,038 orang semalam kepada kepada 1,586 orang dan di Terengganu daripada 7,567 malam tadi kepada 8,595 orang pagi ini.

Menurut portal banjir kerajaan negeri Kelantan, mangsa banjir kini ditempatkan di 108 pusat pemindahan berbanding 90 malam tadi, yang dibuka di semua sembilan jajahan - Kota Baharu, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Tanah Merah, Pasir Puteh, Gua Musang, Tumpat dan Bachok.


Dua disahkan terkorban manakala seorang lagi pemuda dikhuatiri lemas akibat banjir di Kelantan. Menurut portal Majlis Keselamatan Negara, mangsa yang disahkan terkorban ialah seorang pemuda penghidap penyakit sawan dan seorang bayi perempuan berusia setahun lapan bulan.

Dua kejadian berasingan berlaku di Kampung Pertang, Kuala Krai dan Kampung Lepa Limbat di Kota Bharu.

Berikut antara gambar-gambar sekitar kejadian banjir di Pantai Timur Malaysia Disember 2014

Gambar Kejadian Banjir Di Pantai Timur Malaysia Disember 2014

Gambar Kejadian Banjir Di Pantai Timur Malaysia Disember 2014

Gambar Kejadian Banjir Di Pantai Timur Malaysia Disember 2014


0 comment... add one now